Sorting by

×

DUN Ayer Molek penutup Rumah Terbuka Aidilfitri 2022

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER MOLEK 30 Mei – Lebih 6,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek yang menjadi lokasi terakhir dan penutup sambutan hari raya kerajaan negeri hari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Japerun Ayer Molek itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman yang tiba pada jam 8.05 malam.

Sulaiman dan Rahmad berswafoto bersama orang ramai yang hadir di Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ayer Molek

Ketibaan Mohd Ali dan Asmah disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri, Datin Seri Utama Munira M Yusop dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman selaku tuan rumah.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum. EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

HADIR sama menyambut ketibaan Mohd Ali, Ab Rauf (kanan) dan Sulaiman

Rahmad ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka orang ramai mula menyerbu lokasi terakhir rumah terbuka itu selepas waktu Maghrib.

“Ini menunjukkan rakyat DUN Ayer Molek teruja untuk beraya bersama-sama setelah sekian lama rumah terbuka tidak dapat diadakan.

“Penutup rumah terbuka kerajaan negeri, DUN Ayer Molek menyediakan 18 gerai makanan yang menghidangkan aneka juadah termasuk kuih-muih.

“Selain itu, kita juga menyediakan ‘booth’ bergambar kereta kuda dan pameran motosikal yang digunakan anak muda berlumba ‘drag race’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1331
Kongsi :
Previous post Ahmad Faizal gesa semua pihak, seteru politik bantu bangunkan sukan negara
Next post Pemimpin jangan salah kuasa – Dira
Ubah saiz-+=