DUN Melaka : Cadang naikkan elaun pegawai syarak, bilal Melaka

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 27 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Fairul Nizam Roslan mencadangkan supaya elaun pegawai syarak serta bilal masjid di negeri ini dinaikkan sebagai menghargai khidmat bakti mereka.

Beliau berkata, perkara itu perlu diambil kira di dalam pembentangan Bajet Melaka 2022 bertemakan ‘Stabil Melaka Makmur Bersama’ bagi memastikan jawatan itu diisi sepenuhnya di setiap masjid di negeri ini.

“Saya bahaskan usul Bajet Melaka 2022 dengan mengambil kira beberapa perkara tentang insentif kebajikan rakyat, kita mungkin boleh menambahbaik khidmat bakti pegawai syarak kita di dalam negeri Melaka, tingkatkan sedikit elaun-elaun pegawai syarak ini terutama bilal-bilal.

“Banyak masjid-masjid di Melaka ini jawatan tersebut gagal diisi, saya dikhabarkan RM310 elaun mereka ini mungkin kurang menarik minat mereka mengisi tempat itu.

“Dan mungkin juga kita boleh ambil pelajar-pelajar tahfiz kita yang sudah tamat belajar untuk diisikan di masjid-masjid ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perbahasan bagi pembentangan Bajet 2022 Melaka Stabil Melaka Makmur Bersama pada Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

822
Kongsi :
Previous post Dr Akmal bidas tuduhan ADUN Ayer Keroh
Next post Bajet 2022- Wujudkan biasiswa sukan anak Melaka- Adun Asahan
Ubah saiz-+=