Bajet 2022- Wujudkan biasiswa sukan anak Melaka- Adun Asahan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 27 Dis- Ahli Dewan Undangan (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan biasiswa sukan bagi membantu anak-anak Melaka lebih cenderung sealiran akademik dan sukan.

Katanya dalam Perbahasan Bajet Melaka 2022, perkara itu bagi memastikan Melaka tidak ketandusan dan kekurangan atlet untuk dihantar ke mana-mana kejohanan di peringkat kebangsaan akan datang.

“Kita mencadangkan wujudkan biasiswa sukan untuk membantu anak-anak Melaka ini supaya lebih cenderung serta sealiran akademik dan sukan bagi memastikan Melaka tidak ketandusan atlet untuk dihantar ke mana-mana kejohanan peringkat kebangsaan akan datang.

“Kerana siapa sangka satu hari nanti, anak-anak Melaka ini yang boleh diangkat mewakili negara dan seterusnya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik satu masa nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perbahasan bagi pembentangan Bajet 2022 Melaka Stabil Melaka Makmur Bersama pada Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri hari ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam turut memberitahu seramai lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalas berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Angkat Berat Junior dalam Kejohanan Bakat Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar SK Nyalas diangkat menjadi Sekolah Sukan bagi kategori angkat berat untuk melahirkan atlet-atlet pelapis negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1260
Kongsi :
Previous post DUN Melaka : Cadang naikkan elaun pegawai syarak, bilal Melaka
Next post Tiada isu harga tiket Zoo Melaka mahal, pengunjung tetap puas hati
Ubah saiz-+=