Sorting by

×

E-sukan: Piala TYT Championship 2023 tawar hadiah RM10,000

Masa Membaca:54 Saat

BANDA HILIR 19 Oktober – Kerajaan Negeri akan menganjurkan kejohanan sukan elektronik Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Championship 2023 pada Disember depan yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM10,000.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata kejohanan memasuki tahun ketiga itu dianjurkan bersama Persatuan E-Sport Melaka.

“Penganjuran Piala TYT Championship 2023 ini kita akan anjurkan pada skala lebih besar susulan sambutan menggalakkan yang diterima pada kejohanan E-sport Piala Ketua Menteri baru-baru ini.

“Penyertaan kita jangkakan akan melibatkan peserta anak Melaka dan luar dari negeri ini, sekali gus meningkatkan lagi bahang kedatangan Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM2024) tidak lama lagi,” katanya pada sidang media Bazar Deepavali 2023 di sebuah restoran, di sini, semalam.

Shanmugam, turut menggalakkan mana-mana persatuan sukan elektronik di negeri ini untuk menganjurkan pertandingan meskipun berskala kecil.

“Kita mahu pesatuan ini aktif anjurkan pertandingan kerana ada disediakan peruntukan serendah RM1,000 hingga RM50,000 bagi setiap kali penganjuran.

“Hal ini bagi mempelbagaikan penganjuran Kejohanan sukan melibatkan sukan elektronik yang kita mahu perhebatkan lagi sepanjang TMM2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1066
Kongsi :
Previous post APM, NCSM gabung kepakaran laksana aktiviti sukarelawan
Next post Pantai Kundor, ‘kampung siaga’ bencana
Ubah saiz-+=