
Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam
SEREMBAN, 13 Mei – Seorang eksekutif syarikat di Nilai dekat sini kerugian RM335,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak insurans dan pegawai polis sejak September tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata wanita berusia 51 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada pihak insurans tersebut yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.
Beliau berkata susulan itu, mangsa dikatakan menerima panggilan daripada seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Chong memberitahu bahawa dia mempunyai waran tangkap dan mangsa ada terlibat dengan kes pengubahan wang haram.
“Kemudian wanita itu telah diminta untuk membuka akaun Bank Rakyat dan menyerahkan maklumat perbankan dalam talian kepada lelaki itu.
“Mangsa telah melakukan beberapa transaksi ke akaun Bank Rakyatnya itu membabitkan jumlah RM335,000. Maklumat akaun bank suspek tidak dapat dikenal pasti kerana semua wang dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Aibee berkata mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
