
Mayat kru kapal layar terjatuh dari bot di Langkawi ditemukan
ALOR SETAR, 13 Mei – Mayat lelaki yang juga kru sebuah kapal layar yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bot di perairan Kuah, Langkawi, Rabu lepas, ditemukan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata mayat Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23, dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terapung pada 7.15 pagi.
“Polis menerima maklumat daripada orang awam terdapat satu mayat terapung antara Pulau Bumbun dan Pulau Tuba dengan jarak lebih kurang 1.5 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut.
“Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa balik ke Jeti Dato’ Syed Omar dengan menaiki bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pegawai kesihatan telah mengesahkan kematian mangsa manakala ibu serta kakak mangsa juga telah mengesahkan identiti mangsa.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses bedah siasat dan operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya pukul 9 pagi,” katanya.
Pada Rabu, Ahmad Nur Hassanuddin yang bekerja sebagai kru Sunset Dinner Cruise dipercayai cuba mengejar kapal layar berkenaan dengan menggunakan bot kecil selepas terlewat hadir bertugas sebelum terjatuh dari bot berkenaan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAIS INGATKAN BATAS ISU AGAMA, PERMOHONAN MAAF BELUM CUKUP REDAKAN POLEMIK
AYER KEROH 23 November - Pemimpin politik diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika membangkitkan isu sensitif bagi mengelakkan kenyataan atau hantaran...
‘PELUANG PEKERJAAN, MASA DEPAN ANAK MELAKA JADI TANGGUNGJAWAB SAYA’
KLEBANG 23 November - Penyediaan peluang pekerjaan dan kemudahan pendidikan untuk generasi muda merupakan antara tanggungjawab kerajaan dalam memastikan anak...
JANGAN ANGGAP GURU MUSUH, TEGURAN MEREKA DEMI MASA DEPAN – AB RAUF
KLEBANG 23 November - Pelajar di negeri ini diingatkan supaya tidak menganggap teguran dan ketegasan guru sebagai satu bentuk permusuhan,...
PENGGAL KE-16: MELAKA MAHU SEKOLAH LEBIH BAIK, PENDIDIKAN LEBIH BERKUALITI
KLEBANG 23 November - Penambahbaikan infrastruktur sekolah dan kaedah pembelajaran antara aspek yang akan terus diberikan perhatian Kerajaan Negeri dalam...
JANGAN LUPA JASA GURU, TOK RAUF TITIP PESANAN BUAT CALON SPM MELAKA
KLEBANG 23 November - Di sebalik usaha memburu kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon diingatkan agar tidak melupakan...
MESYUARAT EXCO PERTAMA: MELAKA MULAKAN LANGKAH JANJI MANIFESTO 100 HARI
KLEBANG 23 November - Pelaksanaan manifesto pilihan raya bakal menjadi antara keutamaan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka apabila barisan Exco akan...

