Empat lelaki ditahan lakukan kekerasan ke atas polis

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH, 16 Sept.- Empat lelaki ditahan selepas didapati melakukan kekerasan jenayah keatas anggota polis yang membuat pemeriksaan di sebuah kafe, di Bandar Hilir, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah melakukan pemeriksaan ke atas premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 2.50 pagi, polis mendapati masih terdapat beberapa pelanggan di dalam dan luar premis.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan itu terdapat seorang anggota polis mengalami kecederaan kerana terdapat pergelutan semasa melakukan tangkapan.

“Susulan daripada itu empat lelaki berusia 27 hingga 41 tahun ditahan malah dua daripadanya mendakwa mereka bergelar datuk dan datuk seri.

“Manakala 12 pelanggan lain termasuk penjaga premis dikenakan kompaun dibawah kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Afzanizar berkata, keempat-empat lelaki terbabit juga turut dikenakan kompaun dibawah Peraturan 3 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (NO 8) 2020.

“Pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan sah dari pihak berkuasa tempatan (PBT) namun ia melakukan kesalahan beroperasi lebih masa.

“Kesemua mereka direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya.

Views:

333
Kongsi :
Previous post Hanya RM500 untuk tempah PROTON X50
Next post Skuad Taming Sari PDRM Melaka cegah jenayah ‘Stop & Talk’ di kawasan pelancongan
Ubah saiz-+=