6a14d81d-1261-4045-a052-da3aed2fe2f2

Skuad Taming Sari PDRM Melaka cegah jenayah ‘Stop & Talk’ di kawasan pelancongan

MELAKA TENGAH 16 Sept. – Berhadapan dengan risiko jangkitan pandemik Covid-19 tatkala melakukan pemantauan cegah jenayah menerusi ‘Stop and Talk’ dengan berinteraksi dengan pelancong yang datang dari luar negeri Melaka bukan sesuatu yang mudah.

Malah kesanggupan Skuad Taming Sari milik Polis Kontinjen Melaka untuk menghadapi risiko itu harus diberi pujian demi menjamin keselamatan orang ramai.

Memberi penerangan sekaligus mengingatkan pengunjung mengenai prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk penjagaan jarak sosial ketika menziarahi kawasan pelancongan antara penugasan yang dilakukan oleh skuad Taming Sari milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka.

Bersiap siaga seawal 10 pagi sebelum memulakan tugas, skuad Taming Sari akan diberi taklimat oleh ketua unit berkenaan mengenai penugasan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Anggota skuad Taming Sari terdiri daripada enam anggota yang dibekalkan lima jentera motosikal jenis Kawasaki KLX150, yang berupaya merentasi lorong sempit dan laluan sukar.

Ketua Balai Polis Melaka Tengah, Inspektor Hafiz Hodari berkata skuad Taming Sari adalah cetusan idea Ketua Polis Melaka, Yang Dihormati Dato’ Mat Kasim bin Karim untuk mendekatkan hubungan anggota dengan masyarakat.

Katanya, setiap hari skuad polis di bawah kendalian Balai Polis Melaka Tengah itu akan keluar seawal jam 10 pagi hingga 6 petang manakala pada sesi petang bermula 5 petang hingga 1 pagi.

“Sebagai ketua polis balai saya telah mereralisasikan pasukan skuad ini dengan meletakkan penugasan di kawasan kawasan pelancong iaitu di kawasan Jam Besar, Taming Sari; sekitar kawasan Jonker Walk; sekitar kawasan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Laksamana dan juga kawasan Kampung Morten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai skuad tersebut untuk membuat pemantauan di beberapa lokasi pelanconan di sini.

Menurut Hafiz, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pencegahan jenayah di kawasan tersebut untuk disalurkan ke skuad unit bermotosikal itu sekaligus dengan cara itu pasukan polis daerah Melaka Tengah dapat mencegah kegiatan jenayah.

“Dalam masa tersebut, kami dapat memberikan segala penerangan daripada segi SOP, hebahan dan sebagainya.

“Dalam masa sama juga,kita dapat mencegah jenayah di sekitar kawasan pelancongan dan kita memastikan agar semua masyarakat dalam keadaan selamat sejahtera.

“Sekiranya ada kompaun yang perlu dikeluarkan,kita akan keluarkan tetapi kita lebih fokus kepada teguran dan nasihat terlebih dahulu,” katanya

Views:

20

Share and Enjoy !

Shares
WhatsApp Image 2020-09-16 at 15.06.27 Previous post Empat lelaki ditahan lakukan kekerasan ke atas polis
119159172_3328808060548388_8519152932034140904_o Next post McPhee intai lebih banyak kejayaan di Litar Dunia Misano