
Enam remaja termasuk tiga pelajar sekolah dicekup berlumba haram
BUTTERWORTH 5 April. – Enam remaja lelaki termasuk tiga pelajar tingkatan empat ditahan ketika sedang berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, enam remaja menunggang motosikal itu berumur 16 hingga 19 tahun dan mereka ditahan dalam operasi bermula 5.30 petang dan tamat tiga jam kemudian.
“Polis yang terlibat dalam operasi itu menyamar dengan memakai pakaian biasa dan bertindak mengekori enam remaja yang menunggang motosikal secara berlumba, mereka juga melakukan aksi menundukkan badan seperti ‘superman’ dan zigzag.
“Tindakan mereka amat berbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selain tiga pelajar tingkatan empat itu, turut ditahan dua pembantu kedai dan seorang yang bekerja sendiri serta kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MUALAF MAIM TEMUI MAKNA SEBENAR IBADAH KORBAN
KESIDANG 1 Jun - Semangat kebersamaan dan gotong-royong dalam ibadah korban menjadi pengalaman cukup bermakna buat mualaf Majlis Agama Islam...
WRUR BANDA HILIR: BAUCAR BELI BELAH RINGANKAN BEBAN B40
BANDA HILIR 1 Jun - Seramai 100 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir dalam kalangan B40 menerima baucar bernilai...
POLIS NAFI IRING KENDERAAN DIPERCAYAI DINAIKI WARGA ASING
MELAKA, 1 Jun - Polis menafikan agensi keselamatan itu mengiringi beberapa kenderaan dipercayai dinaiki warga asing, di Tanjung Minyak di...
(TERKINI) DUN JOHOR DIBUBAR HARI INI
JOHOR BAHRU, 1 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan...
SENARAI RASMI PENERIMA PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI AGONG TAHUN 2026
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Berikut senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan Ulang Tahun...
INDIVIDU TIDAK MAHU IKUT PRINSIP RUKUN NEGARA TIDAK LAYAK DIGELAR WARGANEGARA – AGONG
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut...
