Fahami peranan agensi, elak salah faham

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

LENDU 24 September – Masyarakat perlu mengetahui fungsi dan peranan setiap agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham mengenai pembangunan disetiap kawasan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, berikutan itu peranan agensi kerajaan terutamanya PBT perlu diperjelaskan kepada masyarakat agar setiap permasalahan terus dirujuk kepada pihak dan saluran yang betul.

Katanya, bidang tugas dan tanggungjawab PBT untuk komuniti sangat luas, ia termasuk menyediakan kemudahan fasiliti serta membangunkan komuniti mapan.

“Penjelasan tentang peranan agensi terutamanya PBT kepada masyarakat amat perlu memandangkan ada yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan disediakan PBT dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) khasnya.

“Program hari ini, turun padang membolehkan orang awam bertinteraksi dan mengutarakan segala pemasalahan mereka, kesempatan yang ada juga digunakan untuk memberikan pencerahan berhubung kekeliruan mengenai peranan PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program MPAG Bersama Masyarakat Tahun 2022 Peringkat DUN Lendu, di Dewan Serbaguna, Taman Reakrasi Durian Daun, di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim; Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Saiful Hazwa Kipli dan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Sulaiman berkata, kerjasama semua pihak termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu dalam menyelesaikan sesuatu isu atau masalah.

“Malah saya sangat berharap agar penduduk dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, agensi dan jabatan berkaitan demi memajukan lagi kawasan kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1900
Kongsi :
Previous post Wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan kecederaan
Next post Hampir 92,000 dapat manfaat penganjuran PJMKM
Ubah saiz-+=