Fiesta Bendang kembalikan nostalgia lama

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

GADEK 21 Jun – Fiesta Bendang Gadek yang akan berlangsung pada Ahad ini menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama menyertai pelbagai sukan rakyat yang akan mengembalikan nostalgia lama suatu ketika dahulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, VP Shanmugam berkata, fiesta yang pertama kali diadakan bertempat di Bendang Kampung Gadek sudah pasti menjadi tarikan utama dalam merancakkan pelancongan di kawasan berkenaan.

Jelasnya pelbagai sukan rakyat akan dipertandingkan semasa program berkenaan antaranya sepak raga bulatan, kabbadi dan congkak.

“Program yang pertama kali diadakan ini sekali gus mengembalikan nostalgia masyarakat pelbagai kaum suatu ketika dahulu yang hidup bermuafakat hasil daripada permainan rakyat yang dimainkan mereka.

“Dahulu kawasan bendang merupakan lokasi anak-anak merdeka berkumpul meluangkan masa lapang bermain bersama dan ini akan diketengahkan bagi memperkasa permainan warisan yang semakin terkubur pada hari ini.

“Pelbagai permainan lain juga turut dipertandingkan dalam penganjuran kali ini antaranya tarik tali, panjat tiang licin, pukul bantal, mancing bonda, mengocak ikan, memasak, ragbi sawah dan bole beracun yang dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Fiesta Bendang Gadek dijangka akan disertai kira-kira 1,000 pengunjung perlu dihadiri orang ramai bagi memeriahkan acara warisan yang akan diadakan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1905
Kongsi :
Previous post Tiada keterangan tunjukkan Samirah, dua remaja membunuh CEO Cradle Fund – Hakim
Next post Kerajaan tarik balik permohonan kebenaran merayu kes kematian tahanan dalam penjara
Ubah saiz-+=