Fiesta serlah elemen rakyat Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DURIAN TUNGGAL 28 Ogos – 30,000 pengunjung disasarkan akan membanjiri Fiesta Rakyat Melaka yang diadakan selama tiga hari di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) di sini, bermula semalam hingga Ahad.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, program selama tiga hari itu bertujuan memperkenal dan memperkasakan elemen-elemen rakyat setempat.

Katanya, dengan mencipta keserasian di antara elemen tradisi dan moden, secara tidak langsung ia dapat mencipta keharmonian daripada perbezaan jurang dalam mencipta keunikan di samping mengekalkan keaslian untuk memartabatkan nilai tradisi budaya dan warisan bangsa.

“Fiesta Rakyat Melaka ini turut meraikan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang dipilih sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Ia selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia yang merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Antara program menarik di Pesta Makan Melaka seperti, Minggu Kopi Melaka, Malam Melaka Berselawat, Sukan Rakyat, Persembahan Kesenian, Kayuhan Rakyat, Neon Fun Walk, Autoshow, Fiesta Scooter dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan Fiesta Rakyat Melaka di MIMC, di sini, malam tadi.

IMG-20220828-WA0007
NEON Walk antara acara menarik pada Fiesta Rakyat Melaka.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata, penganjuran acara seumpama ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan.

“Justeru, kita perlu terus memperkukuhkan semangat ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, seterusnya bersama-sama dalam usaha mensejahterakan kehidupan rakyat dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang semakin mencabar pada masa ini.,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2382
Kongsi :
Previous post Karnival himpun barang vintaj, ‘rare’
Next post Bomba Melaka terima ‘4×4’ baharu, persediaan hadapi banjir
Ubah saiz-+=