Sorting by

×

Filem dokumentari beri pendedahan, siapa Panglima Awang

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 30 Mei – Filem dokumentari ‘Henry Of Malacca, A Malay and Magellan’ (Panglima Awang) mampu memberikan pendedahan mengenai sejarah Melaka dan menghargai pengembara Melayu pertama yang berlayar mengelilingi dunia.

Pengarah filem dokumentari itu, Pedro Palma berkata, menerusi karya itu ia secara tidak langsung memberikan gambaran sebenar mengenai Panglima Awang yang melakar sejarah sejak zaman kemasukan Portugis ke Melaka sekitar tahun 1511.

“Ramai yang tidak tahu atau ambil kisah Melaka mempunyai seorang anak jati yang telah mengelilingi dunia bersama seorang pelayar dikenali sebagai Ferdinand Megallan.

“Panglima Awang ketika itu berusia sekitar 15 tahun telah diambil Megallan ketika Portugis memasuki Melaka mempunyai kelebihan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.

“Atas kelebihan itu, Megallan telah membawanya mengelilingi dunia dan menjadi jurubahasa sehingga merentasi lautan pasifik suatu ketika dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri pelancaran filem dokumentari itu di MBO Melaka Mall, di sini hari ini yang dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan dan EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem.

Palma berkata, penggambaran filem bermula 2016 itu membabitkan lokasi di tujuh negara seperti Portugal, Sepanyol, Argentina, Chile dan Filipina

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1783
Kongsi :
Previous post PERHILITAN laksana kawalan, tembak halau gajah liar di Lata Rek
Next post RIMPAC 2022: KD Lekir mulakan pelayaran dari Tambatan Pangkalan Lumut
Ubah saiz-+=