
Futsal wanita Melaka ‘mengamuk’ belasah KL 26-0
SHAH ALAM 17 Mac – Skuad futsal wanita Melaka seakan-akan mengamuk apabila membelasah Kuala Lumpur 26-0 dalam aksi Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2022 (Wanita) sebentar tadi.
Dalam aksi di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam itu, Siti Asnidah muncul penjaring terbanyak Melaka dengan menjaringkan tujuh gol pada minit ke 2, 16, 17, 18, 26 dan dua gol pada minit ke-34.
Selain itu, enam gol pula dijaringkan Intan Sarah Anisah pada minit ke-11, 14, 25, 27 dan dua gol pada minit ke-35.
Manakala, Nur Syafiqah menyumbang empat gol buat Melaka iaitu masing-masing dua gol pada minit ke-3 dan 15, diikuti tiga gol oleh Nurul Nadia (Minit ke-4, 5 dan 39).
Turut mencatat nama sebagai penjaring ialah Nur Mecca Rania (17′ dan 18′), Hanis Farhana (1′), Jaciah Jumilis (7′), Syafiqa Irisya (8′) dan Hanani Adriana (10′).
Kecemerlangan itu nyata menyuntik semangat skuad futsal wanita Melaka yang tewas buat pertama kali di tangan Selangor MBSJ 1-2, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AKADEMIK DAN KEROHANIAN PERLU SEIRING BENTUK GENERASI MELAKA CEMERLANG
TABOH NANING 22 November β Pembangunan modal insan bagi melahirkan generasi berkualiti, berilmu dan berakhlak mulia perlu dilaksanakan secara berterusan...
TAMBAH BEKALAN AYAM, BARANGAN ASAS PROGRAM JUALAN RAHMAH DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 22 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Dr. Mustafa Musa bercadang mengadakan rundingan bersama...
RM9.5 JUTA PACU PEMBANGUNAN, MPJ PERKUKUH KEMUDAHAN JASIN
JASIN 22 November - Peruntukan pembangunan berjumlah RM9.5 juta direkodkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sehingga Oktober 2026 bagi memastikan pembangunan...
KERUSI RODA BAHARU, SINAR KECERIAAN BUAT ADIK FAWZIAH
MERLIMAU 22 November β Keperluan sebuah kerusi roda yang lebih selesa buat adik Farwizah akhirnya mendapat perhatian apabila kemudahan baharu...
MPHTJ BERJAYA SELESAIKAN 84 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN 3,800 ADUAN DITERIMA
AYER KEROH 22 November - Sebanyak 3,800 aduan diterima Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sejak Januari hingga kini, dengan...
AMALAN KITAR SEMULA MBMB BANTU KEPERLUAN HOSPITAL
AYER KEROH 22 November β Amalan kitar semula di Melaka turut memberi manfaat kepada sektor kesihatan apabila beg kertas terpakai...

