
Galak pakai pelitup muka di lokasi tumpuan – Exco
AYER KEROH 29 April – Orang ramai digalakkan agar memakai pelitup muka ketika berada di kawasan tumpuan awam sebagai langkah berjaga-jada untuk mengelakkan daripada dijangkiti COVID-19.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pemakaian pelitup muka seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu juga amat digalakkan di kawasan sekolah.
“Mengikuti saranan KKM, pemakaian pelitup muka adalah digalakkan bukan diwajibkan.
“Sekiranya dalam masa terdekat, kes COVID-19 semakin meruncing dan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka, kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hee Sem turut menyarankan orang ramai untuk menjaga diri dan mengamalkan penjarakan ketika menghadiri majlis rumah terbuka sepanjang musim perayaan.
Menurutnya orang ramai turut dinasihatkan untuk meminum air masak secukupnya dan mengurangkan aktiviti luar susulan fenomena cuaca panas melampau ketika ini, bagi mengelakkan risiko strok haba.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CALON BELUM PASTI, KHIDMAT KEPADA RAKYAT TIDAK TERHENTI
SUNGAI RAMBAI 15 Oktober - Belum mengetahui sama ada bakal dipilih semula sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
USAHAWAN BEG PAKU MELAKA DISARAN TEROKA PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 15 Oktober - Usahawan beg paku di Melaka disaran meneroka pasaran antarabangsa termasuk Singapura dan Australia dengan memanfaatkan...
MAJIKAN DI MELAKA BOLEH JIMAT FCLB 80 PERATUS SABTU INI
AYER KEROH 15 Oktober - Majikan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah...
PROJEK CENDAWAN KEM TERENDAK TERIMA PERUNTUKAN RM30,000
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Projek Urban Farming Cendawan yang sedang dilaksanakan di Kem Terendak menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM30,000...
KEUNTUNGAN PERNAMA DIKEMBALIKAN KEPADA WARGA ATM
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan akan mengehadkan keuntungan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) bagi memastikan manfaatnya dikembalikan kepada...
PERUNTUKAN PROGRAM EKONOMI MADANI ATM DITINGKATKAN KEPADA RM1.5 JUTA
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan (MINDEF) meningkatkan peruntukan Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada RM1 juta...
