
Gempa bumi: Angka kematian meningkat 8 orang, 6 masih hilang
JAKARTA, 27 Feb – Lembaga Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia pada Sabtu memaklumkan angka kematian akibat gempa bumi meningkat kepada lapan orang, dengan enam mangsa masih hilang.
Pasukan penyelamat berjaya menemukan lima mayat di daerah Pasaman dan tiga di daerah Pasaman Barat selepas gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan berkenaan.
Jurucakap agensi itu Abdul Muhari berkata 86 orang cedera manakala 10 bangunan dan 435 rumah rosak.
Lebih 6,002 penduduk dipindahkan ke 35 pusat pemindahan sementara, katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan penyelamat masih mencari enam lagi mangsa yang dilaprokan hilang, dipercayai tertimbus di bawah lumpur.
Kerajaan mengumumkan respons kecemasan rasmi selama 14 hari di timur laut Pasaman Barat, wilayah Sumatera Barat, berakhir 10 Mac.
Gempa yang berlaku pada 8.39 pagi waktu tempatan, Jumaat melanda pulau Sumatera dan gegaran turut dirasai di bandar berdekatan Pekanbaru, Wilayah Riau dan negara jiran, termasuk Malaysia dan Singapura. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HANYA MELAKA ADA WRUR, MUDAHKAN URUSAN SELESAI MASALAH RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia melaksanakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bertujuan mempermudahkan...
MELAKA TAK ADA MASALAH ‘ORDER’ LAIN DAPAT LAIN, KITA ADA KAMPUNG DIGITAL
KUALA LUMPUR 12 September - Usaha Kerajaan Negeri mentransformasikan 618 Kampung tradisional kepada Kampung Digital iaitu inisiatif pertama seumpamanya di...
AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu...
TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
AYER LIMAU 12 September - Kreativiti nelayan darat dari beberapa kawasan di utara Melaka mencuri perhatian apabila sebanyak 30 perahu...
110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF
KUALA LUMPUR 12 September - Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif...
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...

