Gempar cahaya benderang di langit

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PANTAI KUNDOR 10 Nov. – Rakyat di negeri ini gempar dengan kelibat cahaya terang benderang berwarna jingga yang menerangi langit sejak malam tadi.

Suasana itu mula dikesan apabila foto kejadian mula ditularkan di laman sosial Facebook dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Difahamkan, kejadian itu dapat dilihat dari pusat bandar Melaka di Daerah Melaka Tengah hinggalah ke Alor Gajah, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai apa yang berlaku.

Bagaimanapun, persoalan mengenai kejadian itu berjaya dirungkai apabila ia difahamkan berpunca dari kawasan penapisan minyak berhampiran Pantai Puteri.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di sekitar Pantai Puteri mendapati cahaya tersebut dihasilkan daripada api besar yang dipercayai melepaskan gas berlebihan di pusat penapisan minyak tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan dalam satu kenyataan turut mengesahkan mengenai perkata tersebut.

Beliau memaklumkan kejadian itu berpunca daripada masalah teknikal yang berlaku di pusat penapisan itu.

Bagaimanapun, jelasnya, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan mana-mana penduduk memandangkan ia adalah satu proses biasa yang tidak akan menjejaskan persekitaran mahu pun penduduk sekitar.

“Saya telah menghubungi pusat penapisan tersebut dan telah dimaklumkan ada berlakunya ‘Plant Upset’ disebabkan masalah teknikal.

“Apa pun, ia tidak menjejaskan persekitaran serta keselamatan penduduk kampung.

“Untuk pengetahuan semua, apa yang berlaku ini ialah proses biasa untuk menstabilkan semula kerja-kerja di kawasan itu,” katanya.

Views:

1151
Kongsi :
Previous post Dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di Tambun
Next post Belanjawan Melaka 2021: Rakyat Melaka mahu peluang tambah pendapatan
Ubah saiz-+=