Belanjawan Melaka 2021: Rakyat Melaka mahu peluang tambah pendapatan

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Lebih 20 peratus atau hampir 63 undian rakyat yang diterima mahukan kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi menambah peluang pendapatan menerusi Belanjawan Melaka 2021.

Jumlah itu diperolehi berdasarkan tinjauan pendapat atau ‘poll’ yang dikeluarkan Melaka Hari Ini (MHI) di laman Facebook rasminya sejak Jumaat lalu dengan jumlah keseluruhan undian diterima adalah sebanyak 301.

Daripada keputusan undian setakat jam 5.40 semalam, sebanyak 17.6 peratus atau 53 undian diperolehi menerusi undian rakyat terhadap peruntukan yang dapat membantu kos sara hidup, manakala kira-kira 16.9 peratus atau 51 undian mahu lebih banyak bantuan diberikan kepada peniaga kecil.

LEBIH 20 peratus atau hampir 63 undian rakyat yang diterima mahukan kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi menambah peluang pendapatan menerusi Belanjawan Melaka 2021.

Rakyat juga mahu bantuan pendidikan diberikan kepada anak Melaka menerusi pembentangan Belanjawan Melaka 2021 dengan perolehan sebanyak 14.9 peratus atau 33 undian.

Selain itu, rakyat negeri ini juga mahu kerajaan memberi lebih banyak bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) dengan jumlah sebanyak 33 undian atau 10.9 peratus manakala penyediaan peluang pekerjaan merekodkan sebanyak 9.97 peratus atau 30 peratus.

Semalam, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Dewan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) Ahmad Azlan Ahmad Salleh dilaporkan berkata persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Keempat Belas tahun 2020 yang dijadual bersidang pada 9 hingga 11 November ditangguhkan ke 9 hingga 11 Disember 2020.

Beliau berkata, ia kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke atas Negeri Melaka berkuatkuasa selama empat minggu mulai 9 November hingga 6 Disember 2020.

Views:

512
Kongsi :
Previous post Gempar cahaya benderang di langit
Next post ‘Terhidu gas ammonia amat menakutkan’
Ubah saiz-+=