Geng Batam pecah kereta guna jampi

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 23 September – Sekumpulan lelaki aktif melakukan jenayahpecah cermin kenderaan, dikenali sebagai ‘geng Batam’ menggunakan jampi dan tangkal pendinding bagi mengelakkan daripada dicekup pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, empat suspek yang juga warga Indonesia berusia 22 hingga 41 tahun dicekup sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di beberapa lokasi berasingan sekitar Senai, Johor pada jam 9.30 malam, 14 September lalu.

Katanya, hasil serbuan pihaknya merampas beberapa unit telefon bimbit, lampu suluh dan kenderaan yang disyaki digunakan ketika melakukan aktiviti jenayah berkenaan.

WhatsApp Image 2022-09-23 at 3.07.28 PM
BARANGAN dipercayai tangkal pendinding digunakan suspek.

“Kami turut menjumpai pelbagai barangan seperti ayat-ayat dan kalimah disyaki mentera jampi serapah yang dipercayai digunakan setiap suspek sebagai pendinding bagi mengaburi perbuatan jenayah mereka.

“Mereka menyewa kenderaan yang disewa di Johor dan ke Negeri Melaka untuk melakukan jenayah pecah cermin kenderaan di negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Christopher berkata, kumpulan itu menggunakan serpihan seramik daripada palam pencucuh untuk memecah cermin kenderaan yang menjadi sasaran mereka.

“Suspek mensasarkan kenderaan yang mempunyai barangan berharga yang ditinggalkan oleh pemiliknya. Hasil tangkapan ini kami yakin dapat menyelesaikan lapan kes pecah semin kenderaan sekitar Melaka Tengah sejak awal bulan ini.

“Kesemua suspek ditahan reman bermula 15 September lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1995
Kongsi :
Previous post Wanita warga emas maut dipijak gajah liar di Tawau
Next post Ahmad Zahid syukur, mahkamah buktikan dirinya tidak bersalah
Ubah saiz-+=