Gilap bakat sukan terpendam dari tiga daerah

Masa Membaca:2 Minit, 24 Saat

REMBIA 8 Ogos – Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Negeri Melaka berupaya melahirkan bakat-bakat baharu sukan dari tiga daerah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka Khairul Adri Rosli berkata, kejohanan yang diadakan semalam (7 Ogos) itu membuka lembaran baharu aktiviti sukan kepada rakyat selepas dua tahun berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, kejohanan itu disertai 360 peserta dari tiga daerah di negeri ini yang bertanding dalam lima acara sukan iaitu futsal lelaki dan wanita, bola keranjang 3on3 lelaki dan wanita, badminton berpasukan campuran, sepak takraw dan bola jaring.

“Lantaran menyedari kepentingan pembangunan sukan, kita mahu memastikan bakat-bakat baharu di dalam sukan ini tidak ketandusan.

“Pihak KBS melalui JBS Melaka merasakan MSL 2022 ini perlu dilaksanakan bagi memberikan peluang dan ruang untuk masyarakat yang menyertainya bagi mempersembahkan bakat yang terpendam dan dicungkil untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini kerana, johan bagi setiap kategori dan acara sukan yang dipertandingkan di peringkat negeri ini akan dipilih mewakili Melaka ke peringkat Kebangsaan yang dijangka akan dilaksanakan pada 25 hingga 28 Ogos ini di Bukit Jalil,” katanya.

KHAIRUL Adri menyampaikan sijil penghargaan kepada mereka yang terlibat menjayakan MSL Negeri Melaka 2022.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan MSL Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 di Dewan Taming Sari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, di sini.

Mengulas mengenai program pemerkasaan sukan di negeri ini, Khairul Adri berkata, pihaknya telah merangka beberapa program sukan berimpak besar.

Menurutnya, antara program yang akan dilaksanakan ialah seperti Program 1000 Liga (Liga Sukan Individu), Malaysia Little League 2022 (Liga Bakat Bolasepak Sekolah), Kem Bakat Badminton Zon Selatan (Pencarian Bakat Badminton), Hari Sukan Negara 2022 (dilangsung Setiap Minggu ke-2 Bulan Oktober setiap tahun) dan banyak lagi program-program berbentuk profil yang boleh disertai rakyat pelbagai peringkat usia, kaum, bangsa dan latar belakang.

GELAGAT pemain futsal wanita pada MSL Negeri Melaka 2022 di UiTM Kampus Alor Gajah.

INFO:

Senarai Pemenang MSL Negeri Melaka 2022:

Bola Keranjang 3 X 3 ( Lelaki)
1. 906 warriors ( Melaka Tengah)
2.906 warriors A ( Alor Gajah )
3.Hungry Cat 1 ( Alor Gajah ) / INITIAL DREAM ( Melaka Tengah)

Bola Keranjang 3 X 3 ( Wanita )
1. Avengers ( Melaka Tengah)
2.90 ( Jasin A)
3.Trapo Ballers ( Jasin B) /Yok Bin ( Melaka Tengah)

Badminton ( Berpasukan)
1.Jasin A
2.Alor Gajah A
3.Melaka Tengah A / Melaka Tengah B

Futsal ( Lelaki)
1. Melaka Tengah ( Teman FM)
2. Jasin ( NJ Futsal)
3. Alor Gajah B / Melaka Tengah ( Kodok FT)

Futsal ( Wanita)
1. Jasin
2. Melaka Tengah A
3. Melaka Tengah B / Alor Gajah A

Sepak Takraw
1. Alor Gajah B ( Alor Gajah)
2.ZM Kopi Hainan ( Alor Gajah)
3. ZM keris mas A ( Jasin) / ZM keris mas B ( Jasin)

Bola Jaring
1. Alor Gajah A
2. Alor Gajah B
3. Melaka Tengah A / Jasin A

Views:

1757
Kongsi :
Previous post RM155 bilion simpanan ahli KWSP dikeluarkan sejak pandemik – Mohd Shahar
Next post Enam sekeluarga ditahan bersama dadah RM694,412
Ubah saiz-+=