
Gotong-royong indahkan Belimbing Dalam
DURIAN TUNGGAL 20 Julai – Aktiviti gotong-royong mampu menjadi medium mewujudkan persefahaman, semangat bantu-membantu dan kerjasama khusus membabitkan masyarakat majmuk.
Kerjasama itu dapat dilihat menerusi Program Gotong Royong Kampung Belimbing Dalam yang diadakan pada 16 Julai lalu.
Selain penglibatan penduduk setempat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil, tidak terkecuali meluangkan masa, menjayakan program itu.
“Program kali ini turut dijayakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Belimbing Dalam.
“Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa bersama-sama menjayakan gotong-royong kali ini,” katanya.
Selain aktiviti pembersihan, peserta turut bergotong-royong turut menebang pokok berhampiran kediaman bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘PUYUH EMAS’ PEKAN NYALAS LARIS
ASAHAN 3 Mei - Bermula dengan ternakan puyuh secara kecil-kecilan di rumah, kini pengusaha puyuh pedaging Sapurah Anwar tidak menang...
PEKEBUN LEGA MASALAH HAKISAN TEBING SUNGAI SELESAI
ASAHAN 3 Mei - Masalah hakisan tebing Sungai Nyalas yang mencetuskan kebimbangan penduduk dan pekebun kecil di Kampung Pondok Batang...
REMPEYEK ANA KUDAPAN POPULAR DARI BUKIT SEDANAN
ASAHAN 3 Mei - Rempeyek atau sering dipanggil ‘peyek’ merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai dan biasanya menjadi...
WRUR PELENGKAP USAHA MELAKA JUARAI KEBAJIKAN RAKYAT
AYER MOLEK 3 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang kini sudah memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15...
DI USIA 77 TAHUN, TOO MOI MASIH ‘POWER’ BERKEBUN
ASAHAN 3 Mei - Usia emas bukan penghalang bagi Chong Too Moi, 77, dari Kampung Baru Pondok Batang untuk terus...
MELAKA RIVER CRUISE REKOD LONJAKAN PENGUNJUNG 132.5 PERATUS
KOTA LAKSAMANA 3 Mei - Melaka River Cruise terus membuktikan reputasi selaku produk pelancongan utama Negeri Melaka apabila merekodkan peningkatan...
