Gred hotel Melaka turun jika gagal beri perkhidmatan terbaik

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 1 Ogos – Jawatankuasa Semakan Perhotelan yang ditubuhkan Kerajaan Negeri bakal memantau kualiti perkhidmatan perhotelan di Melaka agar mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan memantau semua hotel di negeri ini dua atau tiga kali setahun.

Katanya, ia bagi memastikan kesemua operasi hotel di negeri ini memenuhi kriteria pengredan Bintang mahupun Orkid yang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

“Perkhidmatan perhotelan dalam sektor pelancongan Melaka menerusi berkait rapat dalam bidang perkhidmatan yang menjadi penyumbang utama di Melaka.

“Menerusi jawatankuasa ini kita akan pantau sekurangnya tiga hingga empat bulan sekali bersama Motac dan agensi terlibat bagi menilai kualiti perhidmatannya.

“Biarpun pengredan ini di bawah Motac namun jawatankuasa ini mempunyai hak untuk menilai dan memberi pandangan terhadap penurunan gred mereka jika hotel gagal memenuhi kriteria ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri hari kedua Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

899
Kongsi :
Previous post Kerajaan tidak cadang tarik balik subsidi yuran universiti awam
Next post Wanita melecur tahap tiga dibakar suami
Ubah saiz-+=