Guru rugi RM600 diugut sebar video bogel

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Seorang guru lelaki tidak menyangka perkenalan menerusi aplikasi MiChat mengundang padah apabila diugut dan diperas membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogelnya disebar wanita baru dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa berusia 26 tahun itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit pada jam 2.30 petang Sabtu lalu.

Katanya, sejurus perkenalan itu mereka dikatakan bersembang menerusi panggilan video aplikasi WhatsApp sebelum mangsa diugut supaya membayar RM600 oleh wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman

“Difahamkan puncanya apabila mangsa dan wanita itu membuat panggilan video dalam keadaan bogel.

“Setelah berkomunikasi selama hampir lima minit, tiba-tiba wanita tersebut telah memutuskan panggilan dan menunjukan video bogel mangsa yang telah dirakam berdurasi kira-kira dalam 30 saat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, wanita berkenaan kemudian meminta mangsa memasukkan wang sebanyak RM200 dan mengugut akan menyebarkan video berkenaan sekiranya mangsa gagal menurut permintaan itu.

“Suspek juga berjanji akan memadam video terbabit sekiranya mangsa membuat pembayaran itu dan meminta suspek membuat pemindahan wang ke akaun bank atas nama penama ‘Hernie John’.

“Mangsa melakukan tiga transaksi pemindahan wang dalam talian berjumlah RM600 pada hari sama sebelum menyedari dia menjadi mangsa pemerasan,” katanya.

Beliau berkata, berikutan itu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kelmarin kerana bimbang keluarganya menanggung malu selain menjatuhkan reputasinya serta khuatir diugut berterusan.

Jelasnya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

“Polis masih mengesan suspek yang terlibat dalam kegiatan itu dan meminta orang ramai supaya berhati-hati sama ada lelaki mahupun perempuan supaya tidak terjebak dengan kegiatan itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

878
Kongsi :
Previous post Majlis kesyukuran ulang tahun TYT diadakan secara atas talian
Next post APM Melaka atur gerak pasukan bantuan pasca banjir ke Yan
Ubah saiz-+=