APM Melaka atur gerak pasukan bantuan pasca banjir ke Yan

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menghantar sepasukan 14 pegawai dan anggotanya bagi misi bantuan pasca banjir ke Yan, Kedah.

Pelepasan pergerakan pasukan disempurnakan Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra pada 12.30 tengah hari tadi di Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Melaka di sini.

Menurut Cuthbert pasukan itu diketuai Leftenan (PA) Mohd Shahkarin Daud dan dijangka berada di Yan, Kedah selama seminggu.

SIAP SIAGA… pegawai dan anggota misi bantuan pasca banjir bergambar bersama Cuthbert (tengah). Foto Ihsan APM Melaka.

“Pasukan ini terdiri daripada seorang pegawai dan 12 anggota lain-lain pangkat, semuanya lelaki dari Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Melaka Tengah, Alor Gajah, Jasin serta Unit Masjid Tanah dan Unit Selandar,” katanya.

Beliau berkata, pasukannya akan menumpukan kerja membantu pembersihan kawasan rumah penduduk terjejas.

“Pasukan itu membawa peralatan antaranya water jet, penyodok, cangkul, berus lantai, gegaji berantai dan getah paip bagi memudahkan gerak kerja di sana.

Dalam pada itu Cuthbert mengingatkan pasukan supaya sentiasa berwaspada sepanjang melakukan tugasan di lokasi banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1079
Kongsi :
Previous post Guru rugi RM600 diugut sebar video bogel
Next post Ketua Polis Negara antara 695 penerima pingat darjah kebesaran Melaka
Ubah saiz-+=