
Guru sekolah, jiran mangsa dera akan dipanggil bantu siasatan
IPOH, 17 Mei – Polis akan memanggil jiran kepada suspek kes dera seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun yang meninggal dunia Ahad lepas, bagi merakam keterangan sebagai saksi, dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata guru sekolah kanak-kanak berkenaan juga akan dipanggil untuk dirakam keterangan.
Beliau berkata fokus siasatan ketika ini adalah terhadap dua suspek, yakni ibu dan bapa saudara mangsa, yang direman sejak hari kejadian.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pelantikan ahli jawatankuasa perhubungan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Perak 2020-2022 di sini hari ini beliau berkata, ibu bapa kandung mangsa didapati telah bercerai dan hak penjagaan kedua-dua kanak-kanak itu diserahkan kepada kedua-dua suspek sejak tahun ini.
Media sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri berusia 40 tahun direman tujuh hari berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan disyaki didera dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM INDUSTRI TENAGA GLOBAL – PMX
ALOR GAJAH 24 Jun – Malaysia kini memiliki jaminan bekalan gas antara yang terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan...
ANWAR PUJI PERANAN PENJAWAT AWAM TINGKAT PRESTASI MALAYSIA DALAM RANKING DAYA SAING DUNIA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan komitmen penjawat awam negara yang menjadi...
ANWAR MINTA JANGAN ‘PANASKAN’ SUASANA, PILIHAN RAYA BIAR ANTARA PARTI
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak 'memanaskan' suasana susulan polemik...
PERDANA MENTERI HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM PACU KEMAJUAN NEGARA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem kenaikan pangkat dan pengiktirafan dalam perkhidmatan awam...
WRUR RIM: ISU ANJING LIAR ANTARA 40 ADUAN DITERIMA MPJ
RIM 24 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima lebih 40 aduan daripada penduduk sempena pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR RIM: BUKA PERSPEKTIF BAHARU URUS SISA, HASILKAN BAJA ORGANIK
RIM 24 Jun - Peluang menyertai program pembuatan baja organik memberi nilai tambah kepada penduduk apabila didedahkan dengan teknik penghasilan...
