Harga tiket masuk Stadium Hang Jebat kekal RM15

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mengumumkan harga tiket perlawanan Liga Malaysia 2021 membabitkan MUFC di Stadium Hang Jebat musim ini kekal RM15 bagi tempat duduk terbuka dan RM20 (berbumbung) seperti musim lalu.

Bagaimanapun tiket bagi tempat duduk berbumbung tidak dibuka untuk jualan ketika ini disebabkan kapasiti penonton terhad dan hanya akan menjadi tempat duduk untuk pemegang Pas Bermusim 2020.

Menurut MUFC penyokong sudah membeli tiket perlawanan menentang Penang FC secara dalam talian menerusi tickethotline.com.my bermula Ahad, 4 April 2021 dan akan ditutup pada jam 7 petang hari perlawanan iaitu 6 April.

 

CARA pembelian tiket secara dalam talian.

“Tiada penjualan tiket secara fizikal seperti yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan penonton yang ingin menonton perlawanan di stadium perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Mesyuarat bersama Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi MUFC, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali tempoh hari juga bersetuju untuk MUFC menanggung cas perkhidmatan internet dan cas tiket yang dikenakan oleh pihak Tickethotline.

“Bagaimanapun penyokong akan dikenakan cas ‘Payment Gateaway’ ketika melakukan transaksi pembelian.

“Keputusan ini dicapai bagi meringankan beban kepada peminat MUFC selain hasrat pengerusi ingin lebih ramai peminat hadir ke stadium dan memberikan sokongan padu kepada pasukan MUFC pada hari perlawanan,” kata kenyataan tersebut.

Pihak MUFC juga akan membahagikan kemasukan penonton ke Stadium Hang Jebat kepada dua fasa iaitu Fasa 1 melibatkan perlawanan Penang FC, Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC dengan kemasukkan seramai 4,500 penonton (3,000 pembelian secara dalam talian dan 1,500 pemilik pas bermusim) dan akan meningkatkan jumlah kemasukkan penonton secara berperingkat pada perlawanan seterusnya.

“Ini bagi penyediaan stadium mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan MFL pada tahap terbaik dan memudahkan pemantauan SOP.

“MUFC berbesar hati di atas keprihatinan kerajaan dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang membenarkan kemasukan penyokong ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia selepas lebih setahun penyokong tidak dibenarkan hadir menyaksikan perlawanan di stadium sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19,” kata kenyataan itu lagi.

Difahamkan untuk fasa pertama ini, hanya penyokong tuan rumah sahaja akan dibenarkan memasuki stadium.

1. CARA pembelian tiket secara dalam talian.

2. INFOGRAFIK tempat duduk penyokong di dalam Stadium Hang Jebat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3543
Kongsi :
Previous post KPDNHEP dedah kegiatan usahawan salah guna istilah francais
Next post Pasangan suami isteri dari Serkam johan Tilawah Al-Quran Melaka
Ubah saiz-+=