Hasrat bina masjid baharu Kampung Gangsa

Masa Membaca:59 Saat

DURIAN TUNGGAL 10 Januari – Sebuah masjid baharu akan dibina di Kampung Gangsa bagi menggantikan Masjid Ihsanuddin yang kini sudah tidak lagi mampu menampung kepadatan jumlah jemaah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, masjid baharu itu dirancang mampu menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Kos bagi membina masjid baharu ini dianggarkan RM15 juta, menggunakan dana daripada Kerajaan Persekutuan, jadi kita harap peruntukan bagi merealisasikan kemudahan dirancang dapat dimasukkan dalam bajet akan datang.

“Sebenarnya masjid baharu ini adalah untuk ganti Masjid Ihsanuddin yang sekarang tidak lagi mampu menampung kapasiti jemaah dari taman-taman perumahan baharu di sekitar Kampung Gangsa.

“Mengikut perancangan tapak lama Masjid Ihsanuddin akan dijadikan sebagai parkir kenderaan, bagi memudakan jemaah yang singgah untuk menunaikan solat, beribadat atau menghadiri majlis ilmu di masjid baharu nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, bersama wakil agensi terbabit mengadakan lawatan tapak bagi permohonan peruntukan pembinaan Masjid Baharu Masjid Ihsanuddin di Kampung Gangsa.

Lawatan itu bagi memberi penerangan mengenai kos pembinaan masjid selain mengenal pasti tapak cadangan yang telah diusulkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4000
Kongsi :
Previous post MPJ ‘ceriakan’ pintu masuk, naik taraf tandas, medan selera
Next post Peniaga didakwa menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
Ubah saiz-+=