Hasrat pesakit kanser pakai seragam bomba tercapai

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 10 Ogos – Menyarung seragam bomba, membuatkan Syed Muhammad Firas Syed Muhammad Faizul, 10, terlupa akan derita akibat kanser yang dihidapinya.

Kanak-kanak itu melalui hari yangmenggembirakan ketika diraikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-10 di Balai Bomba Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini.

Keriangan dan kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah Syed Muhammad Firas, sepanjang sambutan diatur khas untuk dirinya itu.

Sepanjang majlis itu dia ditemani bapanya Syed Muhammad, ibu Junaidah Zulkefli dan saudara- maranya yang lain.

Syed Muhammad berkata, anaknya (Syed Muhammad Firas) teruja untuk ke Balai Bomba Ayer Keroh selepas diberitahu akan bertemu dengan anggota bomba.

“Saya bersyukur kerana dapat memenuhi impian anak tunggal untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir ke-10 ini bersama anggota bomba.

“Anak saya sangat teruja melihat melihat kecekapan anggota bomba semasa membuat demonstrasi memadamkan kebakaran.

“Lebih manis, dia (Syed Muhammad Firas) diberikan peluang untuk memakai pakaian seragam bomba, ditambah pula dengan kehadiran saudara mara, anak saya lebih teruja meraikan hari kelahirannya kali ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Sany Sahari berkata, selain berkongsi keriangan majlis seumpama itu secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai aspek keselamatan serta mencegah kebakaran.

“Anggota bomba sentiasa bersedia berkongsi pengetahuan mengenai kedua-dua aspek ini, ia selaras peranan utama JBPM iaitu membantu dan menyelamat,” katanya

sentiasa dilatih dan perlu bersiap sedia berdepan dengan sebarang cabaran bagi memastikan masyarakat mendapat pendedahan sewajarnya tentang peranan pasukan bomba dalam menjaga keselamatan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1064
Kongsi :
Previous post Tarik peminat sukan berbasikal ke Melaka
Next post ‘Mahu jadi insan fahami al-Quran dan jaguh sukan’
Ubah saiz-+=