Hayati, fahami konsep MADANI – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 25 Mei – Kerajaan Negeri komited memastikan seluruh rakyat Melaka menghayati dan memahami prinsip serta nilai ditekankan dalam konsep MADANI.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk berusaha meneroka strategi dan membina semangat kesepaduan daripada segenap aspek.

“Sejajar itu, konvensyen berkonsepkan dialog dan diskusi ini merupakan platform bagi mengetengahkan peranan serta pandangan pelbagai aspek di bawah kerangka MADANI daripada kelompok sasar.

“Konvensyen ini memfokuskan 10 resolusi antaranya teknologi dan media sosial dalam membentuk minda MADANI, pendidikan dalam pembinaan tamadun, daya cipta, Inovasi dan Kecerdasan Buatan (AI), keindahan Islam dalam pembangunan Malaysia sejahtera dan sebagainya.

“Saya percaya persidangan dua hari yang menghimpunkan lebih 800 peserta ini dapat melahirkan pandangan dan cetusan pemikiran yang bernas selaras dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Antarabangsa MADANI 2024 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas-tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Turut hadir Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata Gagasan Malaysia MADANI bertepatan ke arah membangunkan masyarakat dan negara.

“Ia berteraskan nilai-nilai kesejahteraan, kebersamaan dan keseimbangan selari dengan kehendak agama serta pemikiran yang sejahtera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

66
Kongsi :
Previous post Remaja maut digilis bas
Next post KBS beri perhatian kebajikan atlet kayak
Ubah saiz-+=