KBS beri perhatian kebajikan atlet kayak

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 25 Mei – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memantau keadaan semasa dan memastikan kebajikan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, parah akibat kemalangan diberikan perhatian.

Menterinya Hannah Yeoh berkata, pihaknya bersama wakil Majlis Sukan Negara (MSN) juga sudah melawat Siti Nurul Masyitah kini dirawat di sebuah perubatan swasta dan difahamkan atlet itu dijadual akan menjalani beberapa lagi pembedahan susulan selepas ini.

“Siti Nurul Masyitah, sudah selamat menjalani tiga pembedahan sebelum ini, tetapi dia perlu menjalani beberapa lagi pembedahan susulan.

“Hasrat kita adalah memastikan dia kembali sembuh selain KBS turut menunggu laporan penuh daripada doktor untuk tindakan selepas ini,” katanya pada sidang media selepas perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali;
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid; Pemimpin-pemimpin Kanan Kerajaan Persekutuan; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, KBS memandang serius kebajikan semua atletnya termasuk ketika mereka sedang menjalani proses pemulihan.

“Kebajikan atlet menjadi keutamaan KBS tanpa mengira siapa siapa mereka, ini termasuk kes membabitkan Faisal Halim (pemain bola kebangsaan). Apabila mengalami kecederaan mereka memerlukan masa untuk kembali pulih jadi kita tidak boleh tergesa-gesa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

233
Kongsi :
Previous post Hayati, fahami konsep MADANI – Ab Rauf
Next post Esther contoh belia berkualiti
Ubah saiz-+=