HFMD: Tutup Taska, Tadika, tunggu arahan KKM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 17 Mei – Operasi Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) diteruskan sehingga arahan lanjut dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan kes penyaki tangan, kaki dan mulut (HFMD).

EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin berkata, setakat ini 11 Taska sekitar Melaka sudah diarahkan tutup susulan HFMD.

Beliau berkata, penutupan semua Taska dan Tadika hanya akan dilakukan selepas arahan dikeluarkan pihak KKM.

“Bermakna jika KKM memberi arahan barulah kita akan membuat penutupan semua Taska dan Tadika atau sebagainya,” katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Keselamatan dan Kesihatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Majis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Melaka mencatatkan peningkatan mendadak jangkitan HFMD dengan 977 kes berbanding cuma 95 bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, setakat ini 13 kluster dilaporkan termasuk lima Tadika, empat kes membabitkan Taska dan dua kes masing-masing di pusat jagaan serta rumah persendirian.

Katanya, arahan penutupan membabitkan 11 buah premis iaitu tujuh di daerah Jasin, tiga di Melaka Tengah dan sebuah premis di Daerah Alor Gajah yang dilakukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1049
Kongsi :
Previous post Malaysia nikmati kadar tarif elektrik antara terendah di ASEAN
Next post Tajuk-Tajuk Utama Akhbar: Selasa 17 Mei 2022
Ubah saiz-+=