Himpunan motosikal besar, larian neon bakal gamatkan Hari Belia Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

GADEK 21 Jun – Himpunan motosikal berkuasa tinggi bakal memeriahkan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka yang dijadual berlangsung pada Ogos depan.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, pihaknya menerusi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) bakal merangka pelbagai tarikan lain bagi memastikan sambutan edisi kali ini lebih meriah.

Katanya, seramai 2,000 belia seluruh negeri disasarkan hadir bagi memeriahkan sambutan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah itu.

“Sambutan ini akan menghimpunkan seluruh belia di Melaka setelah hampir lama kita tidak berhimpun akibat pandemik COVID-19.

“Pelbagai acara menarik akan dilaksanakan seperti himpunan 1,000 kenderaan motosikal berkusa tinggi, aktiviti zumba, larian neon serta pelbagai lagi bakal dianjurkan pada hari itu.

“Program berjalan seawal pagi hingga malam akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di mana kita menjadualkan program perasmiannya pada sebelah petang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Tayangan Big Screen Melaka 2023 diadakan di Dataran Bandar Satelit Pulau Sebang, Alor Gajah, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Khairul Adri Rosli serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2223
Kongsi :
Previous post PMM raih 11 pingat di Pertandingan Melaka Culinary Challenge 2023
Next post TPM lancar TMM2024, 14 Julai ini
Ubah saiz-+=