
Hina Nabi: Penulis buku ditahan
KUALA LUMPUR, 11 April – Seorang penulis buku hari ini ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman Facebook pada Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor kira-kira 11.15 pagi dan turut merampas sebuah telefon bimbit berserta kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap lelaki berkenaan akan dibuat esok.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKAN MALONG 2.73KG BAWA REZEKI HARI MALAYSIA BUAT PEMANDU LORI
KLEBANG 17 September - Bermodalkan hirisan ikan cabuk atau anak ikan parang sebagai umpan, pemandu lori, Muhammad Hairee Ali, 37,...
WRUR TANJUNG BIDARA: BENIH SAYUR PERCUMA CETUS SEMANGAT USAHAKAN KEBUN KECIL
TANJUNG BIDARA 17 September - Agihan anak pokok dan benih sayur-sayuran oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka mencetuskan semangat untuk bertani,...
PRN MELAKA BUKAN LAGI RAHSIA, CUMA TUNGGU MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 17 September - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bukan lagi menjadi rahsia, sebaliknya hanya menunggu masa sesuai...
3,000 SERLAH SEMANGAT MALAYSIA DALAM KERETAPI SARONG MELAKA
BANDA HILIR 17 September - Lebih 3,000 peserta daripada pelbagai kaum dan latar belakang menyemarakkan sambutan Hari Malaysia menerusi Keretapi...
JUALAN MURAH FAMA BANTU RAKYAT BERJIMAT
TANJUNG BIDARA 17 September - Program jualan murah dianjurkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) amat membantu golongan B40 dan kumpulan...
FAMA MELAKA MERIAHKAN WRUR DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 September - Nilai jualan Melaka Madani Agro Market sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
