Hospital Angkatan Tentera Terendak ditambah baik dalam RMK-12

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR 27 Sept – Kebajikan anggota tentera akan terus dibela di bawah Fokus Keempat: Memantapkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keselamatan rakyat dan kedaulatan negara merupakan perkara asas bagi memastikan keamanan dan kestabilan negara.

“Antara inisiatif yang akan dilaksana merangkumi langkah menambah baik kesiapsiagaan, kawalan sempadan dan penguatkuasaan, mempertingkat ketenteraman awam, mengukuhkan keselamatan dan pertahanan siber serta menjaga kebajikan anggota.

“Saya akan pastikan, langkah yang lebih tegas akan diambil untuk melaksanakan pelan menyeluruh, dan memperkukuh Ops Benteng bagi mengekang pendatang asing tanpa izin.

“Antara projek yang akan dilaksanakan, termasuk Marine Police Sea Monitoring System di lima wilayah maritim, pembinaan Bare Base Tentera Udara Bintulu, Sarawak, pembinaan Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan peningkatan keupayaan aset maritim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Selain itu, katannya kem tentera baharu di Felda Sahabat, Kem 5 Briged di Kota Belud dan kem Pasukan Gerakan Am di Beluran, Sabah akan siap dibina dalam tempoh RMK-12.

“Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara akan diperkenal, bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkaitan pertahanan dan keselamatan.

“Bagi memastikan kebajikan anggota tentera dan penguatkuasa terbela, 10,200 unit rumah keluarga angkatan tentera dan kuarters sedang dibina dan boleh diduduki dalam tempoh RMK-12,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1948
Kongsi :
Previous post RMK-12: Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan – PM
Next post RMK-12: Cukai karbon akan diperkenalkan – PM
Ubah saiz-+=