
RMK-12: Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan – PM
KUALA LUMPUR 27 Sept – Dasar dan pelaksanaan kuota pemilikan kediaman Bumiputera akan diperkukuh melalui kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi meningkatkan kekayaan Bumiputera.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, bantuan kewangan, bimbingan dan permentoran oleh institusi kewangan akan diperluas bagi menyokong usahawan Bumiputera.
“Sebagai inisiatif untuk mengembangkan lagi ekonomi Islam, konsep wakaf akan diperluas sebagai strategi mempelbagaikan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan dan meningkatkan ekuiti Bumiputera.
“Dalam hubungan ini, lebih banyak instrumen wakaf akan diperkenalkan, termasuk mewujudkan satu dana wakaf di peringkat nasional bagi menggembleng lebih banyak sumber untuk keusahawanan dan membiayai program pembangunan sosioekonomi.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...

