
Hospital daerah belum mampu – Rahmad
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata setakat ini dua hospital daerah iaitu di Jasin dan Alor Gajah masing-masing hanya mempunyai antara 80 hingga 100 katil.
Keadaan itu katanya kurang sesuai untuk menerima pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Melaka.
“Kedua-dua hospital ini juga tidak kurang pesakitnya dan 10 katil daripada jumlah tersebut sudah digunakan untuk pesakit COVID-19.
Sebab itu kita perlukan hospital medan supaya pesakit bukan COVID-19 dapat dirawat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Melaka di sini hari ini.
Rahmad menjelaskan penggunaan katil di Hospital Melaka kini telah mencapai ke tahap 91 peratus.
Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata perancangan sedang giat dilakukan untuk memindahkan seramai 400 pekerja asing di rumah-rumah sewa di empat kawasan taman yang mencatatkan kes positif di sekitar Ayer Keroh.
“Setakat ini kita mendapat kerjasama yang baik dengan majikan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB AMBIL SERIUS DAKWAAN BECA ‘SCAM’
AYER KEROH 14 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil serius terhadap dakwaan ada pengayuh beca mengenakan caj tambahan...
WRUR GADEK: MPAG ‘CERIAKAN’ RUMAH WARGA EMAS DERITA KANSER HATI
GADEK 14 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menterjemahkan keprihatinannya terhadap kesukaran ditempuh golongan sasar menerusi Program Masyarakat Di...
MAIM SALUR BANTUAN AIDILADHA, SOKONG PERSIAPAN JEMAAH HAJI
PENGKALAN BATU 14 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan membantu golongan asnaf serta menyokong persiapan jemaah...
ROSNAH SETIA JAGA SUAMI TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR
GADEK 14 April – Kunjungan kepimpinan Kerajaan Negeri memecahkan kesunyian di kediaman Rosnah Abu, 69, selain menceriakan wanita ini yang...
MPHTJ PERGIAT OPERASI TURUNKAN PAPAN IKLAN HARAM
AYER KEROH 14 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) terus mempergiat operasi menurunkan papan iklan haram dan lusuh...
TEMPOH PENYELESAIAN MASALAH LEBIH SINGKAT, WRUR TERBUKTI MEMUDAHKAN RAKYAT
GADEK 14 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sahaja mengubah birokrasi malah terbukti mampu menyelesaikan permasalahan rakyat...
