Hospital Melaka ceriakan anak pesakit

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 20 Disember – Bantuan kelengkapan persekolahan baharu dan wang tunai diterima, sedikit sebanyak menceriakan anak-anak pesakit dalam kalangan B40 yang sedang dirawat di Hospital Melaka.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, Program Back To School, anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Melaka itu bertujuan meringankan beban pesakit dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing bagi sesi akan datang.

Hee Sem berkata, pada program yang dianjurkan buat kali ke lima itu JKSP Hospital Melaka meraikan seramai 50 kanak-kanak.

“Inisiatif ini menunjukkan JKSP Hospital Melaka cakna dan peka dengan keperluan golongan kurang berkemampuan sekeliling mereka.

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi tampil membantu dan terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

“Selain itu saya amat berharap dan memohon jasa baik lebih banyak syarikat korporat untuk bersama-sama JKSP Hospital Melaka dalam menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebegini pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya merasmikan Program Back To School Tahun 2024 Hospital Melaka, turut dihadiri Pengarah Hospital Melaka Dr. Zaharimah Abdul Kadir, di Hospital Melaka, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1310
Kongsi :
Previous post Pertandingan sukan lasak, memancing penutup tirai pelancongan Pulau Besar 2023
Next post MPJ, Skuad Melaka Beef Farm pantau lembu terbiar
Ubah saiz-+=