Hotel MITC belanja murid SRA JAIM Merlimau Pasir berbuka

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 15 Mac – Seramai 60 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Merlimau Pasir, diraikan pada Majlis Pelancaran Bufet Ramadan Hotel MITC, di sini, semalam.

Raut wajah ceria jelas kelihatan pada wajah kanak-kanak diraikan, kerana mereka bukan sahaja dapat berbuka puasa dengan menjamah hidangan disediakan cef tersohor sebaliknya menerima sumbangan daripada Hotel MITC.

Ketua Pegawai Eksekutif M Corp Hotel Sdn Bhd, Sazali Sabri berkata majlis berbuka puasa itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya bersempena Ramadan.

“Pada majlis ini kami turut menyampaikan sumbangan kepada murid pintar bagi menghargai mereka yang berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang.

“Tiap-tiap tahun kami laksanakan CSR dan kali ini seramai 60 murid dari SRA JAIM Merlimau Pasir dipilih untuk diraikan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu gimik Pelancaran Bufet Ramadan Hotel MITC disempurnakan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dengan memalu jidor sebanyak tujuh kali sebelum azan Maghrib berkumandang.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid yang juga  Pengerusi M Corp Hotel Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Datuk Arif Shah Abdullah Sani.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1272
Kongsi :
Previous post Hotel MITC tawar 180 hidangan bufet Ramadan
Next post Martabak rendang pilihan berbuka
Ubah saiz-+=