Hotel MITC tawar 180 hidangan bufet Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 15 Mac – Hotel MITC menawarkan kira-kira 180 pelbagai jenis hidangan tradisional Melayu dan antarabangsa sebagai juadah berbuka puasa tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif M Corp Hotel Sdn Bhd, Sazali Sabri berkata konsep Citarasa Chef Rahim yang diperkenalkan pada Ramadan 2024 kali ini juga diberi nafas baharu.

Whatsapp Image 2024 03 15 At 12.36.17 Am
SAZALI.

Katanya, pada harga RM98 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak, tetamu dapat berbuka puasa secara bufet di lokasi sesuai untuk yang datang bersama keluarga, teman sekerja atau ‘business associates’.

“Hidangan atau juadah disediakan pasti menjanjikan kelainan, setiap hari ada lima menu berlainan. Sambil menjamu selera pengunjung dihiburkan dengan dendangan muzik asli.

“Lengkap dengan fasiliti, Bufet Ramadan Hotel MITC akan beroperasi selama 28 hari sepanjang Ramadan dari 13 Mac hingga 8 April 2024. Lokasi bufet mampu memuatkan 400 sehingga 550 orang pada satu masa” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 03 15 At 12.42.01 Am
ORANG ramai beratur mendapatkan hidangan martabak buat berbuka puasa.

Mengulas lanjut, Sazali berkata pihaknya juga menawarkan Pakej Moreh di Kafe Asahan Hotel MITC dengan harga berpatutan.

Menurutnya, dua pakej tersebut datang dengan dua pilihan iaitu Set Madu Tiga untuk tiga orang dan Set Janji Temu Cekodok untuk dua orang.

Whatsapp Image 2024 03 15 At 12.47.52 Am
NASI Arab Ayam Mandy dengan resepi istimewa merupakan hidangan istimewa menerusi Konsep Citarasa Chef Rahim di Hotel MITC.

“Set Madu Tiga berharga RM38 dan tetamu akan disajikan dengan tiga jenis makanan seperti keropok lekor, cekodok pisang dan cekodok mommy beserta tiga minuman pilihan.

“Manakala untuk Set Janji Temu Cekodok dengan harga RM28 pula tetamu akan disajikan dengan cekodok pisang dan cekodok mommy beserta dua minuman pilihan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

727
Kongsi :
Previous post Berniaga sambil kongsi rezeki
Next post Hotel MITC belanja murid SRA JAIM Merlimau Pasir berbuka
Ubah saiz-+=