Berniaga sambil kongsi rezeki

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

JASIN 15 Mac – Mengambil konsep berniaga sambil berkongsi rezeki, Mohd Saiful Liman, 37, menjual empat bungkus air balang dengan harga hanya RM10 di Bazar Ramadan Jasin Bestari.

Hampir 14 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Mohd Saiful berkata, dia tidak pernah berasa rugi menjual dengan harga tersebut meskipun ada peniaga yang sanggup menjual sebungkus air mencecah RM7.

“Siapa kata berniaga air harga murah tak boleh untung, apalah sangat bahan-bahan buat air ni, paling tidak gunakan susu atau buah yang sedikit mahal.

“Setiap hari saya akan tukar perisa air balang ini, lebih 20 perisa air antaranya teh ais, milo ais, sirap selasih, barli lemon, bandung cincau, teh hijau dan lain-lain.

“Bila kita jual dengan harga murah, ia juga menjadi penarik kepada orang ramai untuk singgah membeli,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Katanya, setiap hari dia boleh menjual lebih 500 bungkus air balang bermula jam 3 petang hingga 7 malam di bazar tersebut.

“Kalau tak habis biasanya saya akan bagi atau sedekah sahaja pada rakan-rakan niaga yang lain.

“Tapi alhamdulillah setakat tiga hari niaga di bazar ini sambutan sangat menggalakkan, biasanya hujung bulan Ramadan lagi ramai akan singgah membeli,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

737
Kongsi :
Previous post TMM2024: Tempahan hotel di Melaka meningkat 70 peratus
Next post Hotel MITC tawar 180 hidangan bufet Ramadan
Ubah saiz-+=