HSO tawar pemeriksaan mata berkualiti

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

MASJID TANAH – Dengan visi mahu menjadi optometris pilihan utama 100,000 masyarakat menjelang tahun 2028, HS Optometrist Sdn Bhd (HSO) bertekad menjadi barisan hadapan dalam bidang kesihatan mata.

Pengasas HS Optometrist Sdn Bhd, Siti Hawa Saadah Hamdan berkata, HSO bukan sekadar premis menjual cermin mata, bahkan komited memberikan servis terbaik untuk kesihatan mata buat semua golongan.

Katanya, HSO yang kini mempunyai dua cawangan iaitu di Masjid Tanah Ria dan Duyong Bestari, selain menempatkan keseluruhan enam optometris di dua cawangan tersebut.

“Di HSO, kita bukan seperti kedai cermin mata yang lain, kita bukan sekadar ‘gantung sijil’ optometris, semua optometris kita berpengalaman.

“HSO menawarkan pemeriksaan mata yang berkualiti untuk semua peringkat umur selain kita telus menjaga kualiti produk serta servis untuk mendapat keberkatan dalam perniagaan.

“HSO juga komited dalam memberi konsultasi yang terbaik kepada pelanggan untuk mereka membuat pilihan tepat seiring dengan slogan HSO ‘Mata Sihat, Kerja Hebat’,” katanya.

Hso Client 1
SITI Hawa menyampaikan cenderahati kepada Hameed pada Festival Pembukaan HSO Masjid Tanah.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Festival Pembukaan HSO Masjid Tanah, di sini, baru-baru ini, yang disempurnakan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Lebih istimewanya, pada festival pembukaan terbabit, HSO turut menawarkan 200 bingkai percuma serta mengedarkan lebih 3,500 baucar bernilai RM100 kepada 49 buah sekolah dalam kawasan sekitar Masjid Tanah sempena kempen Guru Pelita Anak Bangsa.

Menurut Siti Hawa Saadah, pemberian baucar terbabit merupakan simbolik penghargaan sempena Hari Guru.

“Menerusi baucar ini, mereka boleh hadir ke cawangan HSO berhampiran dan menikmati tawaran diskaun sehingga 50 peratus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

72
Kongsi :
Previous post Monsun Barat Daya: Elak pembakaran terbuka di Melaka
Next post China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ubah saiz-+=