Hubungan kerjasama KL-Abu Dhabi tanpa batas- PM Muhyiddin

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ABU DHABI 11 Mac. – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menetapkan kerjasama tanpa had (sky is the limit) dalam hubungan bilateral antara Abu Dhabi dan Kuala Lumpur.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata komitmen tersebut disampaikan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, yang juga Timbalan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dalam pertemuannya dengan pemimpin UAE itu di sini, semalam.

“Ungkapan ‘ the sky is the limit’ digunakan oleh Putera Mahkota apabila merujuk kepada kerjasama kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri pada Khamis.

Muhyiddin disambut Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Timbalan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan semalam. – Foto Pejabat Perdana Menteri

Muhyiddin berkata pada pertemuan berkenaan, Putera Mahkota menggambarkan hubungan kedua-dua sebagai erat dan luar biasa.

Katanya, UAE memberikan komitmen bahawa akan menggandakan jumlah perdagangan dua hala hingga lima kali ganda nilai berbanding US$3 billion (RM12.31 bilion) ketika ini.

“Semasa perbincangan, saya menyebut bahawa perdagangan dua hala kita perlu ditingkatkan dan Putera Mahkota menjawab: Dipersetujui lima kali,” kata Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata UAE turut berhasrat mahu menggandakan pelaburan di Malaysia.

Pelaburan UAE di Malaysia kini berjumlah US$1.6 billion (RM6.56 bilion).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

638
Kongsi :
Previous post Melaka cadang syaratkan peniaga daftar sebagai penerima vaksin
Next post Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah pecah amanah RM145,680
Ubah saiz-+=