Hujan ‘iringi’ peserta kayuhan HSNAG 2021

Masa Membaca:58 Saat

ALOR GAJAH 10 Okt. – Cuaca hujan tidak menghalang kira-kira 100 peserta untuk melengkapkan kayuhan bagi menjayakan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Alor Gajah (HSNAG) 2021.

Kayuhan sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Dataran Keris di sini dilepaskan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tepat jam 7.30 pagi tadi.

Kayuhan diteruskan dalam tempoh setengah jam dalam suasana hujan, namun ia tidak menghalang peserta mempamerkan semangat kayuhan sehingga ke A Famosa Resort.

Aktiviti diteruskan dengan senam robik dan gimik pelancaran di padang golf disempurnakan Ahmad Faizal.

Sebahagian peserta yang mengikuti kayuhan pada Program Hari Sukan Negara peringkat Alor Gajah yang bermula di Dataran Keris Alor Gajah. Foto: MR. Azli.

Hadir sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah; Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad.

Untuk rekod tahun lalu tiada sambutan diadakan berikutan pandemik COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

945
Kongsi :
Previous post The Maoris: Resisting the Pakeha, Discovering Maoriness in the Whenua
Next post UMNO tolak BERSATU hanya pandangan peribadi- Ahmad Faizal
Ubah saiz-+=