
Ibadah korban di Melaka dijangka lebih rancak esok
MELAKA 31 Julai – Ibadah korban di negeri ini dijangka akan lebih rancak bermula esok berbanding hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat berkata, perkara itu disebabkan oleh beberapa faktor antaranya Aidiladha yang jatuh pada hari Jumaat membuatkan tempoh masa untuk melakukan ibadah korban menjadi singkat.
“Mungkin sebab Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan ramai yang akan menunaikan solat jumaat nanti. Jadi, untuk pagi ini mungkin hanya seekor dua korban yang dijalankan dahulu.
“Daripada maklumat yang saya dapat mungkin esok (Sabtu) akan lebih banyak dan kita di peringkat kerajaan negeri memang mematuhi standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Antara SOP yang dipatuhi ialah setiap masjid atau surau hanya dibenarkan menjalankan ibadah korban sebanyak 10 ekor sahaja sehari,” katanya.
Mengulas mengenai perjalanan ibadah korban tahun ini, Md Azhan percaya kemeriahan itu masih dirasai meskipun terpaksa dilakukan dalam norma baharu berikutan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
“Saya percaya hampir kesemua masjid dan surau di Melaka tetap menjalankan ibadah korban. Cuma bilangannya sahaja mungkin berbeza. Tapi saya difahamkan ada masjid yang bilangan korbannya lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
‘CAHAYA KASIH’ MBMB CERIAKAN PENGHUNI TUNAS BAKTI
PANTAI KUNDOR 20 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah menceriakan penghuni Sekolah Tunas Bakti menerusi Program Cahaya Kasih Sempena Sambutan...
WRUR: KUALA SUNGGA BERMANDI LUMPUR RAI PESTA NGOCA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 500 penduduk Kuala Sungga berhimpun memeriahkan program Ngoca Gembira Bersama dan Majlis Silaturahim Aidilfitri...
KAMPUNG NYALAS SUDAH BANYAK BERUBAH
ASAHAN 19 April - Kampung Nyalas sudah banyak berubah apabila ditransformasikan dengan pelbagai projek pembangunan bermanfaat untuk rakyat. Ia termasuklah...
MAHKOTA PARADE ‘TAK PERNAH SUNYI’, SETIAP MINGGU DIPENUHI ACARA MENARIK
BANDA HILIR 19 April - Pusat Beli Belah Mahkota Parade terus menjadi tumpuan ramai apabila ia menjadi lokasi penganjuran pelbagai...
KAMPUNG ON LOK ABADI NAMA NASIONALIS NEGARA
ASAHAN 19 April - Ditubuhkan sekitar era darurat 1950-an, Kampung Baru On Lok di Batang Melaka, Jasin sebenarnya sebahagian daripada...
DUA INISIATIF PERKUKUH DAYA TAHAN KOMUNITI PANTAI PERINGGIT
PENGKALAN BATU 19 April - Dua inisiatif utama diperkenalkan bagi memperkukuh daya tahan komuniti Pantai Peringgit dalam menghadapi cabaran perubahan...
