“Ibarat durian runtuh buat kami” – Pemandu teksi

Masa Membaca:2 Minit, 30 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Jun – “Syukur di atas pemberian bantuan ini kerana dapatlah membantu kami yang dah buntu  nak cari pendapatan lain untuk meneruskan  kelangsungan hidup.

“Dalam waktu yang sukar ini, RM500 itu ibarat durian runtuh yang sangat besar nilainya, ” kata Maimunah Md Yusof, 60 yang bersyukur apabila bakal menerima bantuan ‘one off’ RM500 kepada pemandu teksi menerusi PEMERKASA+ yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Menurutnya, dia berterima kasih di atas bantuan yang bakal disampaikan kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan pemandu teksi di negeri ini yang telah terjejas sejak wabak COVID-19 mula melanda negara.

“Sejak wabak ini melanda pendapatan kami memang merudum teruk dan mengalami 90 peratus penurunan pendapatan sehari.

“Dugaan ini amat memcabar kerana kami kehilangan banyak pelanggan ditambah bersaing dengan e-hailing menjadikan saingan semakin kuat jadi sampaikan kadang kadang hanya menerima gaji RM10 sehari.

“Kebiasannya sekitar RM30 saja pendapatan sehari yang diterima dan itu pun jika bernasib baik dapatlah RM50.

“Situasi sekarang amat berbeza sekali kerana sebelum ini pendapatan sehari boleh mencecah RM100 hingga RM150, jadi dengan bantuan ini mampu membantu kami daripada bergantung kepada teksi sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tinjauan MHI di Melaka Sentral mendapati suasana lengang daripada orang ramai menunjukkan perbezaan ketara selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh fasa satu selama 14 hari berkuatkuasa hari ini.

Suasana menyedihkan itu juga diamati dari bayang pemandu teksi yang tak putus menunggu penumpang dari pagi sampai ke malam menantikan pelanggan manakah yang sudi menerima perkhidmatan itu.

Nazri Daud

Seorang pemandu teksi, Nazri Daud, 60, berkata, dengan bantuan yang diberikan kerajaan nanti mampu membantu pendapatannya yang semakin terjejas.

Menurutnya yang berkhidmat selama 17 tahun di negeri ini berkata, pendapatannya kini hanya bergantung kepada penumpang tetap dan terpaksa bersaing dengan e-hailing di kawasan itu.

“Alhamdulillah bersyukur dengan pemberian ini dan berharaplah akan ada inisiatif lain kepada kami kerana persaingan cukup kuat di sini.

“Dulu bolehlah dapat lima hingga enam perjalanan (trip) tapi sekarang kalau dapat dua hingga tiga trip itu pun dah bersyukur buat kami.

“Terima kasih atas bantuan RM500 ini dan akan digunakan sewajarnya bagi menampung perbelanjaan keluarga dalam keadaan sekarang ini.

Sementara itu, seorang pemandu e hailing,
Muhammad Huzair Rosli,24, turut meluahkan rasa syukur ke atas pemberian terbabit kepada golongan terjejas sepertinya.

Huzair Rosli

“Syukur dapat juga gunakan duit ini untuk keluarga dan dijadikan modal untuk mengisi minyak kenderaan bagi melaksanakan pekerjaan ini.

“Sekurangnya dapatlah membantu saya melakukan  kerja sampingan ini setelah terjejas dengan majikan sekarang kerana hanya menerima gaji pokok sahaja sejak penularan COVID-19,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan khas berjumlah RM68 juta yang diperuntukkan menerusi pakej rangsangan tambahan PEMERKASA+ yang akan diagihkan secara bantuan ‘one off’ kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing yang berdaftar di negara berjumlah RM500 akan dibayar pada Julai depan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

529
Kongsi :
Previous post Lim Kok Wing meninggal dunia
Next post ‘Suara saya tidak semerdu Sharifah Aini’
Ubah saiz-+=