Ibu Pejabat Lebuhraya PLUS jadi PPV

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR 27 Julai – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjadi ibu pejabat lebuh raya pertama dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bersepadu bagi memberikan suntikan vaksin kepada 2,000 orang sehari.

Dalam satu kenyataan syarikat itu berkata, langkah berkenaan dijayakan hasil kerjasama dengan rakan penasihat perubatan, Primer Cherang bersama dengan Protech Health, pelaksana pengamal perubatan swasta dan penyertaan agensi penjagaan kesihatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurutnya Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) memilih ibu pejabat Persada PLUS sebagai satu daripada 14 venue imunisasi awam bagi mempercepatkan pemberian vaksin menerusi Kapasiti Lonjakan Operasi dalam usaha memastikan semua orang dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos dan membantu melandaikan lengkuk jangkitan.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, mereka bangga dapat memainkan peranan dalam membantu negara menyegerakan usaha meningkatkan jumlah imunisasi penduduk.

“Lebih pantas kita capai sasaran untuk membolehkan kita masuk ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), lebih cepat ekonomi dapat diperbaiki, perniagaan boleh pulih,” kata beliau yang dipetik kenyataan itu.

PLUS berkata, pihaknya akan akan menghimpunkan sukarelawan yang terdiri daripada 150 petugas kesihatan dari Primer Cherang dan ProtectHealth, dalam usaha membantu mevaksin seramai mungkin rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat pemberian vaksin Persada PLUS, orang ramai boleh melawat laman web www.plus.com.my dan laman media sosial PLUS Malaysia menerusi Facebook, Instagram, Twitterdan LinkedIn.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

509
Kongsi :
Previous post Wakil rakyat pembangkang perlu ‘belajar’ hormati majlis – Shabudin
Next post Kerajaan lulus cadangan perolehan 16 unit dron VTOL untuk PDRM
Ubah saiz-+=