Ibu pesan ‘Abang Viva’ jangan lupa diri

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

GADEK 30 Dis – Populariti yang diraih Azwan Omar, 29 baru-baru ini mencetus fenomena di seluruh negara.

Meskipun hanya berbekalkan Perodua Viva dan sebuah bot angin, namun kecekalan anak muda itu untuk membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang membuatkannya menerima pujian ramai termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Bagi ibu Azwan, Norbibah Hashim, 66, populariti yang dikecapi anaknya itu sesuatu yang di luar jangkaan.

Menurutnya, anak bongsunya itu pada awal hanya menyatakan hasrat untuk membantu mangsa banjir, namun tidak sangka niat murninya itu menjadi perhatian ramai.

Namun, sebagai ibu, dia hanya menitipkan satu sahaja pesanan iaitu supaya anaknya tidak meninggi diri dan ingat siapa dirinya yang dahulu.

“Bila sudah dikenali dan berada di ‘highway’ yang terang, besar dan cantik jangan lupa untuk toleh ke belakang, jangan lupa dari lembah kita datang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Pengkalan Indah, di sini.

NORBIBAH

Mengulas lanjut, Norbibah berkata, sebagai ibu, dia tidak putus-putus mendoakan keselamatan sepanjang anaknya menjayakan misi menyelamat mangsa banjir.

“Setiap kali teringat kepadanya saya akan berdoa minta dia dilindungi kerana kita tahu keadaan air ketika itu deras dan tinggi.

“Apa yang sedih, apabila terfikir kami dirumah makan sedap tetapi dia disana entah makan atau tidak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1872
Kongsi :
Previous post ‘Abang Viva’ tak pernah kejar populariti, hanya niat ikhlas membantu
Next post Hujan berterusan: Beberapa daerah di Pahang, Johor diramal banjir
Ubah saiz-+=