
Ibu reda anak ‘pergi’ pada hari jadi
KOTA TINGGI, 9 September – Ibu kepada remaja perempuan yang lemas ketika mandi di pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar di sini pagi tadi, reda dengan pemergian anaknya walaupun tragedi itu berlaku pada tarikh hari lahirnya.
Radiah Rahmad, 42 berkata dia sedih dan tidak menyangka akan melalui pengalaman ‘pahit’ kehilangan Nurish Qhalisya Suhailizam, 13, yang merupakan anak ke enam daripada tujuh beradik, namun perlu menerimaĀ ketentuan Ilahi.
“Ini hari jadi saya yang saya akan ingat sampai mati. Saya sedih sangat, ingatkan saya yang mati dulu. Hari jadi saya hari ini, hari jadi dia pula 22 SeptĀ nanti. Dia ada minta hadiah, tetapi dia kata kalau mak tak dapat bagi tak apa, nanti kawan-kawan dia boleh bagi.
“Saya reda dan terima ketentuan ini. Dia pergi pada hari Jumaat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadianĀ di sini hari ini.
Radiah berkataĀ hubungan diaĀ dengan Nurish QhalisyaĀ sangat rapat apatah lagi setiap malam anaknya yang mempunyai sakit sawan ituĀ tidur dengannya, malah sempat menggunting rambut anaknya itu semalam.
MenurutnyaĀ lagi dia telah memberi keizinan kepada anaknyaĀ untuk ke Tanjung Balau dan sempat berpesanĀ supaya tidak mandi pantai kerana dia tidak pandai berenang.
āSayaĀ sempat mengejutkan diaĀ pukul 5 pagi tadi dan melihat diaĀ kelam-kabut bersiap untuk keluar. Dia minta izin nak ke Tanjung Balau bersama kawan-kawan sebab bosan duduk di rumah. Saya pesan jangan mandiĀ dan dia kata dia pergi nak bergambar sahaja, sebab itu saya izinkan,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Suhailizam Mohd Onir, 47, berkata dia mulaĀ berasa tidak sedap hati apabilaĀ Nurish Qhalisya tidak menjawab bila mahu pulang ketika menghantar anaknya ituĀ ke rumah kawannya kira-kira pukul 7.30 pagi
“Saya tanya balik macam mana, pukul berapa. Dia cuma jawab ‘tak tahu lagi balik’. Masa dia cakap macam ituĀ rasa tak sedap hati, baharu nak rehat kat rumah, isteri dapat berita macam ini,” katanya.
Dalam kejadian pagi tadi, sekumpulan enam rakan ke pantai berkenaan untuk beriadah dan mandi-manda di kawasan berhampiran.
Nurish Qhalisya disahkan lemas, manakala dua beradik, MohdĀ Asyraf Syazwan Mohd Fairuz, 7, dan Nur Azrin Syazwani, 13, dilaporkan kritikal dan kini di bawahĀ pemantauan di Unit Rawatan Rapi,Ā Hospital Kota Tinggi.
Sementara itu, Siti Alesya Qistina Mustafa, Siti Nur Alysya Abdullah dan Nur Zurin Hafeeza Mohd Azhari masing-masing berusia 13 tahun dilaporkan selamat.
–BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.