Ibu tunggal, anak yatim terharu diraikan dalam program Riang Ria Raya

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

AYER KEROH 23 April – Sejak tujuh bulan lalu Norhajah Idris, 35, menggalas tugas sebagai ketua keluarga berikutan suaminya terpaksa berhenti kerja akibat masalah penglihatan.

Bagi membiayai keperluan suami dan anak tunggal mereka wanita tabah ini nekad menjaja kuih sekitar Bukit Katil, namun pendapatan bulanan diperolehi tidak seberapa.

Dia meluahkan rasa syukur apabila terpilih sebagai salah seorang daripada 80 peserta Program Riang Ria Raya anjuran Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

“Wang hasil jualan kuih bolelah saya simpan, duit raya diterima akan digunakan untuk beli baju raya ‘special’ anak tunggal kami, alhamdulillah Aidilfitiri kami tiga beranak tahun ini lebih meriah.

“Perasaan memang gembira apabila ada pihak yang sudi meringankan bebanan dan ingat pada golongan tidak berkemampuan seperti saya ini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu Nur Izzati Wafaa Daini, 17, yang hadir menemani anak saudaranya Nur Ariana Damia Azizan, 10, turut meluahkan rasa syukur dengan keprihatinan pihak penganjur program itu.

Katanya, dia membantu Nur Ariana yang juga anak yatim memilih baju raya di pasar raya berkenaan selepas menerima sumbangan baucar tunai RM200.

“Ibu Nur Ariana bekerja hari ini, bapanya sudah meninggal dunia, jadi saya datang teman dia untuk pilih baju, program ini bukan saja memberi manfaat kepada anak yatim ini , malah mereka berasa dikasihi oleh insan lain yang tiada pertalian persaudaraan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi, dan sudi menyantuni kami,” katanya.

ZAINAH Omar

Manakala bagi ibu tunggal, Zainah Omar, 73, dari Bukit Katil berkongsi perasaan gembira kerana diberi peluang untuk bersama-sama menyertai program dianjurkan.

Meskipun berkerusi roda ibu kepada lima anak itu kelihatan amat ceria dan teruja sepanjang program berkenaan yang berlangsung hampir dua jam.

“Seronok keran dihargai begini, sumbangan yang ada ini bolehlah digunakan untuk beli barang basah untuk juadah hari raya,.

“Semoga yang memberi dimurahkan rezeki, syukur dapat ringankan bebanan saya” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1082
Kongsi :
Previous post Mayat lelaki diikat rantasi besi ditemukan di kawasan parkir
Next post 1,500 petugas ditempatkan di plaza tol sepanjang cuti Aidilfitri – PLUS
Ubah saiz-+=