ILSS: Bentuk kemenjadian, lahirkan insan berkeyakinan

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

MASJID TANAH 8 Julai – Seramai 213 peserta mengambil bahagian pada Pertandingan Ihtifal Lughawi Sekolah Sekolah (ILSS) Peringkat Daerah Alor Gajah di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Tambichik Karim, di sini,  4 Julai lalu.

Guru Besar SK Datuk Tambichik Karim, Shamsinah Jamil@A Wahab berkata, pertandingan mendapat sambutan amat memberansangkan dengan penyertaan wakil dari 60 sekolah rendah dan menengah.

WhatsApp Image 2023-07-07 at 3.53.22 PM (2)
SHAMSINAH.

Katanya, pertandingan itu diharap dapat membantuk kemenjadian murid dan pelajar, selain meningkatkan tahap kemahiran komunikasi, keyakinan diri serta penguasaan Bahasa Arab dilihat mampu menjadi nilai tambah untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti.

“Majikan sekarang mahukan individu yang berani untuk ke hadapan dan memiliki kemahiran berkomunikasi yang cemerlang.

“Berikutan itu ILSS adalah medan terbaik untuk kita gilap dan tonjolkan kemahiran anak-anak ini, biarlah mereka jadi lebih berani serta yakin dengan kemampuan diri sendiri.

“Meskipun masih muda, saya yakin hasil daripada pertandingan ini mereka akan lebih berani dan bersedia untuk berdepan dengan masyarakat,” katanya.

WhatsApp Image 2023-07-07 at 3.53.22 PM (1)
GELAGAT peserta pada Pertandingan Ihtifal Lughawi Sekolah Sekolah (ILSS) Peringkat Daerah Alor Gajah.

Pertandingan ILSS berlangsung selama dua hari membabitkan tujuh kategori seperti Da’i Cilik, Kalam “Arabi, Mimbar Da’i, Mimbar Da’i Bahasa Mandarin, Kalimatus Sobah, Hiwar dan Kuiz Bahasa Arab.

Katanya, ILSS adalah pertandingan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diadakan secara bersemuka di negeri ini selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Malah difahamkan Alor Gajah menjadi daerah pertama menganjurkan pertandingan secara bersemuka berbanding Jasin dan Melaka Tengah yang masih dianjurkan secara atas talian

“Sebelum ini ia dilaksanakan secara atas talian dan atas saranan KPM kita mahu lihat semula impak dan keyakinan murid,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2123
Kongsi :
Previous post Mayat disyaki mangsa bunuh ditemukan terapung di muara sungai
Next post Transformasi hidup melalui hijrah
Ubah saiz-+=